Menu
Cerita Gay Alan
Video
ceritaplu

Vid playlist 3

Video Playlist 1/1 videos “‘ data-height=’450’ data-video_index=’1’> 1 Elementor Page Builder For WordPress – Build Stunning Websites Free & Easy

Read More »

vid playlist trial

Video Playlist “‘ data-height=’450′ data-video_index=’1’> 1 [썸남]#2화 – 가슴은 되는거?”‘ data-height=’450′ data-video_index=’2’> 2 [썸남]#3화 – 남자끼리 불붙어도 되는거?

Read More »

Kisah Manis Aku Dan Ashraff Part 1

kisah manis aku dan ashraff 1

Putus lagi.

Ini merupakan relationship ketiga yang musnah walaupun baru dua bulan aku dan dia berhubungan. Aku akui kali ini aku yang putuskan hubungan antara aku dan Farhan kerana aku banyak berpura-pura sepanjang hubungan kami.

Awal perkenalan, Farhan seorang yang sweet dan selalu call aku setiap malam. Tapi semakin lama perangainya macam dah berubah. Kerek. Semakin lama aku jadi bosan.

Lagipun Farhan ni seorang PLU/ Gay melayu yang sangat famous. Rasanya hampir semua PLU Malaysia kenal dia. Mana taknya, Instafamous lah kata kan.

Tapi sebenarnya aku tak pasti samada dia yang berubah atau aku yang masih trauma dengan hubungan sebelum ini. So aku kembali single selama setahun dan fokus dengan kerja.

Ada satu malam aku terima whatsapp daripada kawan aku Hakim.

“Jom lepak Zouk nak? Aku bosan lah”

“Erm boleh jugak tapi kau belanjalah aku haha,” Well, gaji tak masuk lagi guys.

No problem tapi datang ambil aku hehe,” balas Hakim.

Bijak. Win-win situation nampaknya. Tapi disebabkan aku naik motor je so aku tak kisah sebab minyak murah. Aku terus bersiap sekacak yang mungkin dan terus merempit ke rumah Hakim.

Aku bernasib baik sebab Hakim memang seorang yang sangat punctual. Selepas setengah jam kitorang sampai ke Zouk. Ramainya manusia burung hantu yang gilakan kehidupan malam.

Kitorang lepak, menari walaupun langkah sumbang dan cuci mata dalam 3 jam juga. Release stress katanya. Lepas dah penat barulah kitorang cari port yang sunyi sikit untuk borak-borak.

Hakim ni ex-roomate aku masa belajar dekat UKM. So bila dah kerja kitorang jarang-jarang jumpa dan segala benda nak cerita.

Hakim juga bisexual. Dua-dua jantina dia ada sebagai pasangan.

Sama macam Farhan, si Hakim ni pun salah seorang Gay melayu yang famous dekat Malaysia ni. Walaupun dia seorang bisex.

Tapi katanya bila dah kahwin dia akan setia dengan isteri dan tinggalkan dunia PLU.

Boleh percaya ke?

Aku pon tak tahu sebab ada je yang boleh berubah tapi banyak yang cari lelaki bila isteri pergi kursus ataupun balik kampung.

Habis kisahnya beralih pula kisah aku. Aku pon cerita pasal Farhan dan status aku sekarang. Tiba-tiba dia keluarkan iPhone 8 dia yang masih bau kedai lagi.

“Ni kawan aku, Ashraff. Aku kenal dekat Johor Bahru masa aku stay sana dengan familyaku. Kau nak kenal? Single.”

Aku belek-belek gambar Ashraff. Manis orangnya. Tak sado tapi tegap dan tinggi macam lebih kurang je.

“Jauh la pulak JB. Aku tak suka long distance relationship ni.” Alasan?

“Dia sekarang stay KL lah,” balas Hakim sambil mengecilkan mata dan tersenyum sumbing. Sedang cucuk jarum aku rasa.

“Ashraff ni discreet sikit, tak ramai tahu dia PLU kat Malaysia ni haha” Tambah Hakim lagi.

“Erm boleh lah cuba nasib. Dah setahun jugak ni single,” Haha aku segan dengan Hakim ni. Acah-acah pencari jodoh pulak.

Okay, jom balik. Mata barai.”

Aku hantar Hakim balik apartmennya dan aku terus balik rumah. Lepas mandi aku ingat nak terus tidur tapi ada pula whatsapp dari Hakim.

Dia minta gambar aku paling helok nak bagi pada Ashraff katanya. Aku pon scroll semua gambar selfie syok sendiri dan pilih ala kadar. Masa untuk tidur!

Tepat jam 7 pagi aku terjaga sebab ada bunyi whatsapp masuk.

“Hai selamat pagi. Dah bangun?”

“Err selamat pagi. Ni siapa ye?” Sambil mamai aku masih membalas.

“Saya Ashraff. Kawan Hakim. Awak Zarif kan?” Sebaik nampak nama Ashraff, mata aku automatik menjadi cerah.

“Yup. Hai selamat berkenalan,” Aku kekok sebab cepat pula dia whatsapp aku. Maybesemalam Hakim dah hantar gambar aku pada dia.

“Semalam Hakim ada hantar gambar awak. Comel,”

Betul telahan aku. Aduh blushing aku awal-awal pagi ni. Tersenyum sorang-sorang.

“Ehem control yourself Zarif,” Monolog dalaman.

“Apa aku nak balas?” Lima minit juga aku terbaring, pandang siling dan tengok phonesemula.

“Hehe thanks. Biasa je saya. Awak yang hensem. Manis,” Aku membalas dengan pujian.

“Jom jumpa nak?”

“Erm boleh. Kat mana?” Aku sebenarnya malas nak keluar sebab semalam dah barai tapi macam teringin juga nak jumpa. Boleh lah.

“Midvalley? Pukul 11 pagi. Pakai comel-comel ye,” Boleh pula dia pesan macam tu. Baru je kenal beberapa minit.

Okay.”

Simple aku balas dan tengok jam yang baru menunjukkan 7.30 pagi. Mengantuknya. Kalau tidur balik confirm terlajak ni. Aku pon bangun dan menghadap almari. Baju apa yang boleh buat aku nampak comel? Haha gigih aku nak ikut cakap dia.

Aku bukanlah fashionista tapi bukan juga fashion victim. Akhirnya aku pilih  t-shirt putih polos, hoody Alan Walker berwarna hitam dan slim fit jeans. Simple. Masa untuk mengemas bilik sebelum mandi dan bersiap.

Aku perlu keluar awal juga sebab aku naik public transport yang tak menentu masanya. Harapnya tak buat hal.

Motor?

Aku malas nak menghadap jammed dan azabnya nk mencelah antara kereta.

Aku sampai Midvalley agak awal dalam 10.30 pagi dan keadaan masih suram. Kedai-kedai pon banyak yang baru buka dan belum ada pelanggan. Aku tak tahu nak tunggu Ashraff dekat mana sebab kitorang tak tetapkan tempat pula.

“Saya da sampai. Nak jumpa kt mana eh,” Aku whatsapp dia.

“Cepatnya. Huhu sorry ye saya tersekat dalam jammed tapi dah depan Midvalley ni. Awak tunggu Starbucks area GSC tu boleh?” Ashraff membalas pantas.

Don’t worry. Elok-elok drive.” Aku membalas whatsapp dan berjalan perlahan-lahan, cuci mata dan akhirnya sampai ke Starbucks. Hurm nak buat apa je hari ni agaknya?

Aku takut rasa kekok yang mungkin tercetus kalau tak ada sebarang aktiviti selain berbual. Aku dah la introvert. Tak pandai nak borak. Sambil aku tengok phone tiba-tiba nampak macam ada kelibat orang duduk di kerusi hadapan.

“Hai, sorry lambat,” Ashraff tersenyum.

Manisnya. Tiba-tiba rasa nervous. Hensem. Bergaya simple yet elegant. Berkemeja putih dan berseluar jeans.

“Eh no problem. Saya yang tersampai awal. Kenal pulak saya dari jauh?” Aku membalas sambil pandang mata dan sesekali belakangnya. Segan nak bertentang mata.

“Senang, awak yang paling comel dekat sini,” Ashraff main puji-puji pula.

Aduh segannya. Aku rasa  blushing sebab muka rasa panas. Makin lama makin merah rasa muka ni. Selepas itu banyak sesi ice breaking.

Ashraff bekerja dalam bidang marketingNo wonder-lah peramah dan manis orangnya. Banyak benda yang kitorang share sampai tak perasan dah pukul 2 petang. Lapar.

“Jom makan. Pukul 4 saya dah beli tiket wayang,” Surprise dari Ashraff nampaknya.

“Oh yeke dah lama saya tak tengok wayang. Hehe jom makan Manhanttan Fish Market nak? Saya belanja,” Banyak pula duit aku tiba-tiba.

Sepanjang di MFM sesi perkenalan diteruskan. Sebenarnya Ashraff yang banyak bercakap dan bertanya pada aku. Aku tak kisah malah selesa sebab tak perlu banyak fikir topik.

Ashraff orangnya peramah tapi banyak give and take. Maksudnya dia tak hanya bercerita pasal diri sendiri tapi banyak bertanya pasal aku juga. Betul-betul mencucuk jarum Ashraff ni.

Sejam setengah berlalu dan aku pon panggil waiter untuk bil. Pantas pula tangan Ashraff menyerahkan RM100 pada waiter.

“Saya belanja,” Ashraff tersenyum.

“Alamak awak dah belanja wayang lah,” Tak sedap pula aku rasa.

“Takpe next time awak belanja lah saya pula,” balas Ashraff.

Next time? Maksudnya ada date lagi lah lepas ni. Haha aku excited sendiri pula. Tiba-tiba aku terima whatsapp dari Hakim.

Eh gambar aku?

Rupanya Hakim forward mesej dari Ashraff. Mamat ni curi-curi ambil gambar aku. Makin malu aku dibuatnya bila Hakim menyakat.

Kami terus bergerak ke GSC semula bila jam hampir 4 petang.

Movie apa?

Ayat-ayat cinta 2. Haha jiwang mamat ni ke saja nak acah romantic depan aku?

Tapi aku memang suka sejak first movie lagi. Pandai.

Sepanjang movie yang paling aku suka bila tiba-tiba ada tangan sejuk yang menggenggam tapak tangan aku. Ashraff menguji aku lagi nampaknya. Cair aku dibuatnya. Berani. Baru first day kot! Tapi aku suka. Hehe.

Movie tamat selepas hampir dua jam dan kitorang berjalan keluar dari panggung yang sejuk amat.

“Nak dinner?” Ashraff memulakan perbualan.

“Erm saya macam kenyang lagi tapi jom makan aiskrim nak? Saya belanja ye kali ni,” Tiba-tiba aku teringat aiskrim matcha dan creamcheese di Family Mart.

“Haha yelah,” Maka kitorang bergerak ke Family Mart dan aku berjaya belanja Ashraff buat kali pertama. Dia pilih matcha dan aku creamcheese.

Kitorang makan sambil berjalan-jalan menghabiskan masa dan semestinya berborak lagi. Jam menunjukkan 7 petang dan aku minta izin untuk pulang sebab nak kejar KTM yang maha lembab. Esok kerja pula.

“Eh saya hantarkan awak balik rumah boleh?” tanya Ashraff.

“Erm tak menyusahkan ke?” Serba salah juga aku bila ada orang terlebih baik ni.

Okay je. Saya nak tahu juga mana awak tinggal. Senang lepas ni,” balas Ashraff sambil tersengih.

Haha betul-betul mengayat mamat ni. Kitorang pon menuju ke parkir kereta. Aku tengok kepalanya tertoleh ke kiri ke kanan.

Aku ingatkan dia tak ingat mana dia park kereta. Rupanya nak check ada orang ke tak semata-mata nk pegang tangan aku sampai ke kereta. Sweet kan?

Perjalanan pulang menghadap jammed yang panjang tapi pada masa yang sama aku rasa bertuah menerima ajakan Ashraff untuk dihantar pulang. Akhirnya lebih kurang 8.30 malam aku sampai ke rumah.

“Boleh saya tidur sini?” tanya Ashraff.

“Haha esok kerja lah. Awak bukan bawak apa-apa pun kan,” balas aku. Kalau dia dapat tidur pun best jugak. Fikir aku nakal.

“Hurm yelah. Nanti saya sampai rumah saya whatsapp awak. Bye.”

Ashraff sempat tersenyum sebelum berlalu pergi. Aku yang rasa di awang-awangan masuk ke rumah sambil tersenyum sendiri.

Rasa bahagia yang mungkin dah lama aku tak rasa. Aku terus membersihkan diri dan melepak di atas katil. Ada dua orang yang aku akan aktif ber-whatsapp malam ni. Hakim dan Ashraff.

 

——– Bersambung ——–

Sambung baca di Part 2

Peringatan: Post ini mempunyai kandungan yang mungkin akan di unpublish oleh media sosial, terutamanya Facebook.

Share on facebook
Share on twitter
Share on tumblr

Leave a Replay

Follow Kami

Artikel Terkini

Cerita Gay Alan
Video
ceritaplu

Vid playlist 3

Video Playlist 1/1 videos “‘ data-height=’450’ data-video_index=’1’> 1 Elementor Page Builder For WordPress – Build Stunning Websites Free & Easy

Read More »

vid playlist trial

Video Playlist “‘ data-height=’450′ data-video_index=’1’> 1 [썸남]#2화 – 가슴은 되는거?”‘ data-height=’450′ data-video_index=’2’> 2 [썸남]#3화 – 남자끼리 불붙어도 되는거? Post Views:

Read More »
Cerita Gay Alan
Kiriman Pembaca
ceritaplu

Alan

Kiriman: Idan ==== Pagi sabtu. Seperti biasa aku akan keluar jogging di sekitar tasik berhampiran. Namaku Joe, 28 tahun, kulit

Read More »
cerita-gay-aku-dan-wan
Kiriman Pembaca
ceritaplu

Aku dan Wan

Kiriman: Zayn ==== The first time I had a heavy sex(lost my virginity) was during last year hari raya. Aku tak

Read More »

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit