Menu
Cerita Gay Alan
Video
ceritaplu

Vid playlist 3

Video Playlist 1/1 videos “‘ data-height=’450’ data-video_index=’1’> 1 Elementor Page Builder For WordPress – Build Stunning Websites Free & Easy

Read More »

vid playlist trial

Video Playlist “‘ data-height=’450′ data-video_index=’1’> 1 [썸남]#2화 – 가슴은 되는거?”‘ data-height=’450′ data-video_index=’2’> 2 [썸남]#3화 – 남자끼리 불붙어도 되는거?

Read More »

Kisah Manis Dengan Asyraf Di Sekolah

Kisah manis dengan ashraf

Kiriman: Azhar

Umur: 18 tahun

====

Ni kisah dulu yang ingin aku kongsikan. Dari kecil aku tak pernah terfikir pun yang aku ni gay. Sampai lah aku masuk form 1, masa tu aku belum masuk asrama. Aku mula minat pada lelaki, tapi aku sekadar minat biasa, tak fikir langsung pasal sex dan sebagainya.

Masa form 3 pulak, kelas aku pindah block bersebelahan dengan block form 4. Masa tu lah aku ternampak seorang senior form 4 yang comel gila.

Dia pengawas. Kulit dia gelap gelap sikit, macho tapi comel, dan mempunyai susuk badan yang cantik. Nama dia Asyraf. Aku pernah nampak dah dia ni masa form 1 tapi aku buat tak tahu je.

So aku teringin nak kenal dengan dia. Tapi aku ni pemalu sikit. Aku mintak no whatsapp dia dekat member aku yang pengawas jugak. Dapat. Aku pun whatsapp dia.

Dia layan aku ok je kat whatsapp, tapi bila jumpa depan depan mesti aku malu dan mengelak. Aku ni berkulit putih, kalau malu tu memang blush muka aku. Dia biasa tanya, kenapa aku selalu muka merah kalau terserempak dengan dia. Aku cakap aku malu.

Lama kelamaan kami makin kerap chat. Setiap malam sebelum tidur kami wish goodnight. Setiap pagi pulak wish morning. Kami berbahasakan diri masing masing guna nama. Dia panggil aku Az, aku panggil dia Asyraf. Aku rasa selesa sangat dengan dia. Tapi bila jumpa depan depan aku malu dan tak pernah cakap dengan dia.

Suatu hari dia ada datang kelas aku sebab nak pinjam buku, dia just mintak dan aku terus bagi, muka aku merah gila, aku tak cakap apa-apa dan terus blah. Aduh rugi!

Lepas tu aku dapat tahu birthday dia dah dekat. So cepat cepat aku pegi mall nak beli hadiah. Sampai mall, tak tahu nak beli apa. So aku beli lah jam dengan tshirt. Lepas tu aku balik terus whatsapp dia cakap esok lepas skolah tunggu dekat depan skolah, ada benda aku nak bagi. Ni la first time aku nak cuba beranikan diri cakap depan depan dengan dia.

Esok nya, dekat sejam aku tunggu, dia tak datang. Aku pun dengan kecewa aku suruh member aku pass hadiah tu dekat dia. Then aku pun jalan nak balik rumah (rumah aku dekat je dengan sekolah so balik jalan kaki).

Tiba tiba ada suara panggil dari belakang “Az!!” Suara tu aku kenal, tu suara Asyraf. “Sorry Az, Asyraf ade kerja tadi, baru teringat. Nasib baik sempat kejar.” Sampai tercungap cungap dan berpeluh dia kejar aku.

“Ouh tak pa, barang tu dah pass dekat Syamsyul dah, nanti minta dia” Aku cakap

“Barang apa Az nak bagi ni?”

“Nak tahu buka la sendiri. Bye” Aku terus akhiri perbualan kami dan blah camtu je, sebab malu. Aduh! Bodohnya aku.

Malam tu aku dapat whatsapp dari Asyraf “La kenapa Az bagi jam dengan tshirt ni? ”

“Happy birthday Asyraf. Hihi.” Aku jawab.

“Ish susah susah je, kita baru kenal je pun. Thank you ea, sorry buat Az tunggu tadi. Tapi kenapa cepat sangat nak balik?”.

“Malu lah huhu”.

“Ish dengan Asyraf pun nak malu, Asyraf bukan artis pun. Tak pa lah, esok kita jumpa ea lepas skolah”. Yes! Ni peluang kedua aku, kali ni aku takkan sia sia kan.

Esok nya, aku tunggu dan dia datang tepat, tak lambat dah. Tapi dia datang dengan member member dia. Ish kacau! So kami sembang agak lama dan aku dah kurang malu bersembang dengan dia. Member member dia pun balik tinggal kami berdua.

“Az takpe ke balik lambat ni, nanti mama Az marah pulak.”

“Ok je, Asyraf pulak tak nak balik lagi ke?”

“Asyraf memang selalu balik lewat sebab tunggu abah Asyraf datang, abah selalu lewat sebab balik keja”.

“Ouh kalau macam tu Az nak teman Asyraf la setiap hari. Boleh Asyraf ajar Az buat homework” Dengan tak malunya aku mempelawa diri

“Boleh je, tapi esok kita duduk dekat kelas la, sini panas”.

Then sejak dari haritu setiap hari kami duduk berdua dalam kelas sampai la abah Asyraf datang. Selalunya Asyraf tolong aku siapkan homework aku, homework dia semua dah siap. Dia ni rajin dan pandai jugak. So bila dah habis buat homework aku, dia akan baca buku, aku pulak jenis malas baca buku, so aku tengok je la dia baca buku.

Sekali sekali aku curi pandang muka dia. Comel! Melting aku kat situ. Lepastu dia perasan. “Az jangan la tengok macam tu, malu lah” Aku hanya ketawa kecil.

Kemudian aku beranikan diri pegang tangan dia. Aku tengok dia ok je. Aku terus pegang. Sejak tu kami macam couple. Tapi aku tak pernah cakap aku suka dia dan mintak couple. Aku jugak tak pernah bagitahu aku suka lelaki dan tak pernah tanya sama ada dia pun suka lelaki atau tak.

Macam biasa, lepas sekolah mesti dia tolong aku buat homework, habis homework aku, dia baca buku sambil aku pegang tangan dia, usap rambut dia, telinga dia, tapi dia tak suka orang pegang pipi dia.

Hubungan kami bertambah mesra bila aku ajak dia jumpe kat mall. (lebih kurang macam ajak date la) Dia terus setuju tanpa banyak tanya. Kami main bowling dan lain lain.

Lepas tu lama kelamaan ada classmate dia tahu kami selalu balik lewat. Nama classmate dia ni Haikal. Then classmate dia pun ajak lepak sekali, dan aku dapat rasa classmate dia macam sengaja nak rosakkan hubungan kami.

Aku jenis kuat cemburu, dan akhirnya, perkara yang tak patut berlaku pun berlaku, kami bergaduh sebab aku marah dia lepak ngan classmate dia. Tapi dia tak berenti pujuk aku. Aku jenis senang melting tambah tambah yang pujuk tu dia. So kami berbaik.

Tapi classmate dia still nak kacau kami. Tak tahu apa masalah classmate dia dengan aku, tapi aku syak classmate dia tu sukakan dia jugak.

Sebulan lepas tu classmate dia dah macam tak kacau sangat, aku pun lega sikit. Tapi tak lama. Suatu hari cikgu aku buat rombongan pergi melaka. Aku dengan Asyraf pergi, tapi si Haikal yang suka kacau tu pun ada! Cis.

Kami pergi rombongan naik bus dan akan tidur dalam hotel. Satu bilik 2 orang. “Asyraf, nanti kat hotel Asyraf sebilik dengan siapa.”

“Tak tahu lagi lah, tak fikir pun. Nak sebilik dengan Az lah”.

“Eh tak sebilik dengan Haikal ke?”.

“Taknak la, dia suka kacau.”

“Yeke, tapi Az tengok Asyraf layan dia baik ja kat skolah”.

“Sebab Asyraf banyak terhutang budi dengan dia”.

Cis tak guna punya Haikal, tapi dalam situasi aku ni, aku win! Tapi aku jual mahal time tu, aku cakap aku sebilik dengan classmate aku, ye la nanti orang kata apa pula, budak form 4 sebilik dengan form 3.

So aku sebilik dengan classmate aku, dia pula dengan classmate dia, tapi bukan dengan si Haikal. Classmate yang lain. Fuh lega aku.

Tapi dalam bus kami duduk sekali. Yes! Dalam bus Asyraf tidur sandar kat bahu aku, aku pulak tak boleh tidur sebab gelabah, mana taknya, bila crush kau sandar kat bahu kau, kau boleh rilek ke? Memang tak la, blushing habis muka aku.

Yang member aku duk senyum je pandang aku dengan Asyraf, hehe (dia tahu aku suka kan si Asyraf) siap nyakat aku lagi “Amboi Az, bahagia kau ye” Ye, memang aku bahagia sangat.

Lepas tu kami pun sampai di hotel. Masing masing check in hotel. Aku dengan member aku siap siap apa yang patut untuk esok. Iron baju dan sebagainya.

Tiba tiba member aku cakap nak pegi tidur ramai ramai kat bilik nember kami yang lain, dia ajak aku. Tiba tiba aku dapat idea! Aku cakap, “Pergi la, aku tido sorang la.” Hehe idea aku sebenarnya nak ajak Asyraf tidur dengn aku.

Aku mengadu dekat dia aku sorang sorang kat bilik. Tapi malangnya Asyraf pula yang ajak aku tidur dengan dia dekat bilik dia dengan classmate dia. So aku ikut je lah. Kami pun tidur lah bertiga atas katil queen size.

[to be continued]

Peringatan: Post ini mempunyai kandungan yang mungkin akan di unpublish oleh media sosial, terutamanya Facebook.

Share on facebook
Share on twitter
Share on tumblr

Leave a Replay

Follow Kami

Artikel Terkini

Cerita Gay Alan
Video
ceritaplu

Vid playlist 3

Video Playlist 1/1 videos “‘ data-height=’450’ data-video_index=’1’> 1 Elementor Page Builder For WordPress – Build Stunning Websites Free & Easy

Read More »

vid playlist trial

Video Playlist “‘ data-height=’450′ data-video_index=’1’> 1 [썸남]#2화 – 가슴은 되는거?”‘ data-height=’450′ data-video_index=’2’> 2 [썸남]#3화 – 남자끼리 불붙어도 되는거? Post Views:

Read More »
Cerita Gay Alan
Kiriman Pembaca
ceritaplu

Alan

Kiriman: Idan ==== Pagi sabtu. Seperti biasa aku akan keluar jogging di sekitar tasik berhampiran. Namaku Joe, 28 tahun, kulit

Read More »
cerita-gay-aku-dan-wan
Kiriman Pembaca
ceritaplu

Aku dan Wan

Kiriman: Zayn ==== The first time I had a heavy sex(lost my virginity) was during last year hari raya. Aku tak

Read More »

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit